Monday, 19 November 2012

Kami Beroperasi..:)


  • Pengambilan pelajar generasi pertama bermula pada sesi persekolahan 1997. Seramai 9 orang pelajar lelaki telah ditempatkan di Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bangi.
  • Bagi sesi persekolahan 2012, bilangan pelajar Darul Izzah Bangi adalah seramai 28 orang. Pengambilan pelajar baru perlu mengambil kira kapasiti dormitori yang terhad demi memberi keselesaan kepada pelajar.
  • Kemasukan generasi pelajar perempuan pada sesi persekolahan 2005 dengan siapnya asrama Darul Izzah Temerloh.
  • Bagi sesi persekolahan 2012 bilangan pelajar di asrama Darul Izzah Temerloh ialah seramai 43 orang.
  • Pelajar-pelajar Darul Izzah menduduki peperiksaan UPSR,PMR, dan SPM pada tahun ini. Alhamdulillah terdapat juga pelajar Darul Izzah yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat Kolej/Universiti.
  • Bagi para pelajar yang tidak mempunyai pencapaian akademik yang tinggi, mereka disalurkan ke bidang kemahiran. Setakat ini pelajar Darul Izzah mendapat bimbingan dari Institut Latihan Teknikal & kerjaya seperti kimpalan dan kulinari.

No comments:

Post a Comment